KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM16.59 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.53 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan satu tender repo berbalik terdiri daripada RM3.2 bilion untuk tujuh hari, satu repo berbalik Islam sebanyak RM200 juta bagi tujuh hari dan satu tender repo berbalik semalaman berjumlah RM4 bilion untuk sehari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM23.8 bilion dan tender lelongan semalaman murabahah sehingga RM27.7 bilion.
-- BERNAMA