KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) --Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 turun 5.5 mata kepada 1,519.5, Ogos 2025 susut 6.0 mata kepada 1,516.0, September 2025 berkurangan 6.5 mata kepada 1,497.5 dan Disember 2025 jatuh empat mata kepada 1,501.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 4,006 lot daripada 3,393 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 38,450 kontrak daripada 38,075 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.19 mata kepada 1,519.40 daripada 1,524.59 pada Isnin.
-- BERNAMA