AM

HARGA RON95 TURUN KEPADA RM1.99 SELITER, BERI MANFAAT 18 JUTA PEMANDU KERETA DAN PENUNGGANG MOTOSIKAL - PM ANWAR

23/07/2025 11:38 AM

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan harga RON95 akan diturunkan susulan rancangan penyasaran subsidi bahan api itu, sekali gus memberi jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas.

“Apabila penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan nanti, rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.

“Ini tentunya beri manfaat kepada kira-kira 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig,” kata beliau kata beliau ketika mengumumkan Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran media utama di sini, hari ini.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan