AM

66 STESEN CATAT BACAAN IPU SEDERHANA SETAKAT 9 PAGI

23/07/2025 03:36 PM

ISKANDAR PUTERI, 23 Julai (Bernama) -- Sebanyak 66 daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana setakat 9 pagi tadi, kata Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.

Beliau berkata dua lagi stesen mencatatkan bacaan kualiti udara pada tahap baik.

"Beberapa titik panas turut dikesan di Sabah, Sarawak dan Pahang. Pemantauan berterusan akan dilakukan Jabatan Alam Sekitar,” katanya mengulas mengenai kualiti udara susulan jerebu.

Wan Abdul Latiff berkata demikian pada sidang media selepas latihan simulasi kecemasan bagi menangani tumpahan bahan kimia kerjasama Jawatankuasa Bersama Alam Sekitar Malaysia-Singapura (MSJCE) kali ke-14 di Lebuhraya  Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan