DUNIA

PASARAN GETAH DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

29/07/2025 06:35 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh trend menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran turut terjejas selepas para peniaga mula berhati-hati menjelang tarikh akhir tarif Amerika Syarikat (AS) dan di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah.

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan kebimbangan peniaga terhadap kekurangan getah asli susulan hujan di negara-negara pengeluar utama," katanya kepada Bernama.

Thailand, pengeluar getah utama dijangka mengalami hujan lebat dan pengumpulan pada 29 Julai 2025, menurut agensi meteorologinya.

Pada 5.12 petang, minyak mentah Brent naik sebanyak 0.64 peratus kepada US$70.51 setong.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (MRB) melaporkan bahawa harga SMR 20 menurun sebanyak 0.5 sen kepada 734.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat satu sen kepada 577.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan