DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

04/08/2025 08:17 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh peralihan meluas dalam jangkaan pasaran melibatkan dasar monetari Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pengarah Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kepada Bernama bahawa harga emas itu turut meningkat berikutan penurunan hasil sebenar, apabila pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat.

Ketika ditutup, semerta bulan Ogos 2024 meningkat kepada US$3,376.7 setiap auns troy daripada US$3,310.40 ketika ditutup pada Jumaat, September 2025 naik kepada US$3,382.2 setiap auns troy daripada US$3,316.30, manakala Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,411.3 setiap auns troy daripada US$3,345.40 sebelumnya.

November 2025 lebih tinggi kepada US$3,428.7 setiap auns troy daripada US$3,362.80, manakala kontrak Disember 2025, February 2026 dan April 2026 turut ditutup lebih tinggi pada US$3,446.6 setiap auns troy, berbanding US$3,380.20 sebelumnya.

Jumlah dagangan bertambah kepada sembilan lot daripada tujuh lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 38 kontrak berbanding 29 sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$3,346.85 setiap auns troy, berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 1 Ogos 2025.

-- BERNAMA

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan