AM

PERKHIDMATAN FERI DI ICQS PENGKALAN KUBOR DITUTUP TIGA HARI BERMULA ESOK

06/08/2025 03:49 PM

KOTA BHARU, 6 Ogos (Bernama) -- Perkhidmatan feri Sri Tanjung 1 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor ditutup tiga hari kepada orang awam bermula esok. 

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menerusi kenyataan hari ini memaklumkan orang ramai boleh menggunakan laluan ICQS Rantau Panjang dan ICQS Bukit Bunga sebagai jalan alternatif.

"Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan lebih awal untuk mengelak daripada sebarang kesulitan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan