AM

MAYAT WANITA REPUT DITEMUKAN DALAM RUMAH DI TAMAN KLEBANG JAYA

07/08/2025 10:32 PM

IPOH, 7 Ogos (Bernama) -- Mayat wanita dalam keadaan reput ditemukan di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat itu ditemui oleh  seorang lelaki yang merupakan ejen syarikat penapis air dan penyaman udara kira-kira pukul 4.25 petang.

"Pengadu memaklumkan terdapat mayat dalam keadaan reput disyaki wanita, yang dilihat melalui tingkap rumah tersebut," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Justeru, beliau berkata pihak forensik telah dimaklumkan berkenaan insiden itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan