DUNIA

FILEM “DEAD TO RIGHTS” RAIH SAMBUTAN MENGGALAKKAN DI AMERIKA UTARA

08/08/2025 03:45 PM

BEIJING, 8 Ogos (Bernama-CMG) -- Tayangan perdana filem “Dead To Rights” diadakan di sebuah pawagam di Alexandria, Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu malam waktu tempatan.

Duta Besar China ke AS, Xie Feng menghadiri majlis itu bersama wakil perantau China, masyarakat keturunan Cina dan penonton tempatan.

Xie berkata, selain mengisahkan sisi paling gelap dalam sejarah, “Dead To Rights” turut mengetengahkan nilai kebaikan yang lahir daripada hati nurani manusia.

“Filem ini mengingatkan kita tentang kekejaman perang dan betapa berharganya keamanan,” katanya.

Beliau menegaskan, memperingati sejarah adalah langkah untuk menuju ke masa depan dengan lebih baik.

“Dalam era ini, China dan AS mempunyai tanggungjawab bersama untuk memelihara keamanan serta mengelakkan konflik dan penentangan. Kedua-dua negara perlu berusaha membina hubungan dua hala yang saling menghormati, hidup bersama secara aman dan bekerjasama untuk mencapai kemenangan bersama,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) World Today Television, David Huang berkata filem itu wajar diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa bagi membolehkan lebih ramai orang mengetahui sejarah.

-- BERNAMA-CMG

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan