DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH WALAUPUN COMEX AS MENGUKUH

14/08/2025 08:25 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah pada Khamis, bertentangan dengan trend kenaikan yang dapat disaksikan di pasaran emas COMEX AS.

Walaupun optimis terhadap potensi pemotongan kadar faedah Rizab Persekutuan AS dan perbincangan yang dijangka antara AS-Rusia minggu ini, namun ia tidak memberi kesan kepada komoditi itu di peringkat domestik.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta  Ogos 2025 susut kepada US$3,358.20 setiap auns troy daripada US$3,364.10 setiap auns troy ketika ditutup Rabu.

Kontrak September 2025 merosot kepada US$3,363.90 setiap auns troy daripada US$3,369.80 setiap auns troy semalam, Oktober 2025 turun kepada US$3,393.00 setiap auns troy daripada US$3,399.20 setiap auns troy dan November 2025 rendah kepada US$3,410.70 setiap auns troy daripada US$3,416.60 setiap auns troy.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026 dan April 2026 masing-masing ditutup lebih rendah kepada US$3,430.20 setiap auns troy daripada US$3,436.10 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan susut kepada 20 lot daripada 21 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 47 kontrak daripada 54 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$3,364.40 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 13 Ogos, 2025.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan