ALOR SETAR, 16 Ogos (Bernama) -- Kakanda kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah mangkat hari ini.
Dato Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Seri Bakar Din dalam satu kenyataan memaklumkan Datuk Seri Tunku Sakinah Sultan Badlishah mangkat pada usia 95 tahun di Villa Seri Tunku di sini, pada 6.35 pagi tadi .
“Jenazah Allahyarham akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada 5 petang ini.
“Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga roh Allahyarham Datuk Seri Tunku Sakinah dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para solihin,” katanya.
-- BERNAMA