DUNIA

KONTRAK NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA RENDAH KEBANYAKANNYA

20/08/2025 10:23 AM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah kebanyakannya pada Rabu.

Pada 9.25 pagi, Ogos 2025 susut 0.50 mata kepada 1,592.50; Disember 2025 turun 3.50 mata kepada 1,567.50; Mac 2026 berkurangan 1.50 mata kepada 1,533.0 manakala September 2025 kekal pada 1,572.5.

Jumlah dagangan mencecah 1,270 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 40,102 kontrak.

Selepas 25 minit dagangan, FBM KLCI yang menjadi penanda aras pasaran susut 1.96 mata kepada 1,588.28 daripada 1,584.96 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan