Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.03 mata, atau 0.13 peratus, untuk ditutup kepada 1,588.21 daripada paras penutup 1,590.24 pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.21 mata kepada 1,588.03, dan bergerak antara paras 1,583.40 dan 1,591.04 sepanjang hari dagangan.
Keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 647 berbanding 376, manakala 487 kaunter tidak berubah, 1,084 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.55 bilion unit bernilai RM2.50 bilion daripada 2.60 bilion unit bernilai RM2.74 bilion pada Selasa.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata sentimen pasaran hari ini kekal terkawal menjelang Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole Rizab Persekutuan AS pada akhir minggu ini, bagi mendapatkan petunjuk tentang dasar.
"Corak dagangan pasaran ketara, dengan sektor industri mencatatkan prestasi tinggi disokong oleh kenaikan saham petrokimia, manakala kaunter perladangan dan pengguna juga menunjukkan kekukuhan - menyokong permintaan kukuh domestik di tengah-tengah ketidaktentuan dasar luar,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng melihat aktiviti pengambilan untung hari ini sebagai penurunan kecil yang sihat kerana ia membolehkan pasaran menyerap aliran meningkat baru-baru ini.
"FBM KLCI kekal kukuh melepasi paras sokongan utama 1,585, yang menyediakan ruang bagi kenaikan seterusnya. Tanpa sebarang kejutan luaran, kami menjangka indeks penanda aras diniagakan dalam jajaran 1,570 hingga 1,600 sepanjang minggu," katanya
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank tidak berubah, masing-masing pada RM9.80 dan RM4.46, Tenaga Nsaional susut 6.0 sen kepada RM13.66, CIMB turun 3.0 sen kepada RM7.36, manakala IHH Healthcare naik 3.0 sen kepada RM6.88.
Dalam kalangan kaunter paling cergas, Vantris Energy susut setengah sen kepada 3.5 sen, Sime Darby turun 1.0 sen kepada RM1.75, manakala Zetrix AI menambah 1.0 sen kepada 87.5 dan Tanco tidak berubah pada 73 sen.
Di keseluruhan pasaran, Indeks FBM Emas susut 29.58 mata kepada 11,782.83, Indeks FBMT 100 turun 29.35 mata kepada 11,568.30, Indeks FBM Emas Shariah menyusut 32.06 mata kepada 11,699.34, Indeks FBM 70 berkurangan 106.51 mata kepada 16,603.46, manakala Indeks FBM ACE merosot 13.77 mata kepada 4,695.92.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 20.36 mata kepada 18,165.14, Indeks Perladangan meningkat 46.12 mata kepada 7,592.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.61 mata kepada 160.73, manakala Indeks Tenaga susut 0.93 mata kepada 749.29.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.46 bilion unit bernilai RM2.28 bilion daripada 1.49 bilion unit bernilai RM2.51 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran melonjak kepada 780.41 juta unit bernilai RM93.66 juta daripada 732.43 juta unit bernilai RM101.91 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 310.20 juta unit bernilai RM124.67 juta daripada 375.68 juta unit bernilai RM134.87 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 247.19 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (235.22 juta), pembinaan (146.13 juta), teknologi (189.98 juta), perkhidmatan kewangan (82.44 juta), hartanah (176.76 juta), perladangan (25.02 juta), REIT (21.21 juta), dana tertutup (3,000), tenaga (186.91 juta) penjagaan kesihatan (32.64 juta), telekomunikasi dan media (47.13 juta), pengangkutan dan logistik (34.33 juta), utiliti (38.49 juta), dan amanah perniagaan (11,600).
-- BERNAMA