DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA TINGGI

22/08/2025 10:36 AM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Pada 9.25 pagi, kontrak bulan semasa Ogos 2025, September 2025 naik 7.0 mata masing-masing kepada 1,601.0 dn 1,579.0 manakala Disember 2025 dan Mac 2026 meningkat 7.5 mata masing-masing kepada 1,580.0 dan 1,564.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,306 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,648 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI melonjak 4.40 mata kepada 1,597.27 selepas 25 minit dagangan daripada 1,592.87 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan