ISLAMABAD, 22 Ogos (Bernama-CMG) -- Menteri Luar China, Wang Yi bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar mempengerusikan Dialog Strategik Menteri Luar China-Pakistan di sini pada Khamis.
Wang berkata, atas bimbingan pemimpin kedua-dua negara, Perkongsian Strategik Sepanjang Masa China-Pakistan berkembang dengan stabil sehingga menjadi semakin strategik dalam landskap serantau. China mengucapkan tahniah kepada Pakistan atas kepengerusian bergilir dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi bulan Julai.
Negara itu bukan sahaja melakar pencapaian dalam membela keadilan untuk negara-negara membangun, tetapi juga meningkatkan status dan pengaruh diri sendiri di arena antarabangsa.
"China bersedia berusaha bersama dengan Pakistan untuk melaksanakan konsensus yang dicapai Presiden Xi Jinping dengan pemimpin Pakistan, dan membuat persiapan dengan baik bagi komunikasi peringkat tinggi pada setengah tahun kedua tahun ini.
"China menyokong Pakistan menumpukan tenaga kepada pembangunan dalam pelaksanaan agenda pemerkasaan negara supaya dapat agar secara asasnya meningkatkan keupayaan mengatasi cabaran dari dalam dan luar negeri. Kedua-dua pihak harus berganding bahu mempertahankan sistem perdagangan multilateral dan menentang modus operandi yang membuli secara unilateral," kata Wang.
Sementara itu, Dar menyatakan bahawa dialog ini diadakan tepat pada waktunya, yang mencerminkan hubungan persahabatan sekukuh “besi” antara kedua-dua negara. Bersahabat dengan China merupakan batu asas bagi diplomasi Pakistan dan juga konsensus seluruh rakyat di negara itu.
Pakistan akan terus menyokong gerak kerja yang dibuat China selaku negara pengerusi bergilir Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan berusaha bersama untuk menjayakan Sidang Kemuncak SCO di Tianjin.
"Pakistan menyokong teguh pembinaan komuniti berkongsi nasib dengan China, Inisiatif Jalur dan Laluan serta Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global. Negara kami akan bersedaya upaya memerangi keganasan dalam apa jua bentuknya, dan komited mengambil langkah yang berkesan untuk menjamin keselamatan institusi dan warga China di negara kami," kata Dar.
-- BERNAMA-CMG