DUNIA

CMG SIAR MAJLIS PERINGATI KEMENANGAN PERANG MENENTANG PENCEROBOHAN JEPUN DALAM 85 BAHASA

25/08/2025 05:30 PM

BEIJING, 25 Ogos (Bernama-CMG) -- Kumpulan Media China (CMG) akan menyiarkan majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, termasuk perbarisan tentera dalam 85 jenis bahasa pada 3 Sept ini.

Baru-baru ini, bahasa Ireland, Pidgin and Kinyarwanda telah ditambah dalam rangkaian penyiaran antarabangsa, sekali gus meningkatkan liputan penyiaran di Eropah Barat, Pasifik Selatan serta Afrika Tengah dan Timur.

Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) di bawah CMG kini mempunyai lebih 700 juta pengguna siaran televisyen dan 600 juta pengikut di platform media baharu di seluruh dunia.

CGTN juga melancarkan siri dokumentari, laporan dan ulasan mengenai majlis bersejarah itu bagi menyemarakkan semangat juang menentang pencerobohan.

Selepas menjalani tiga kali latihan komprehensif, persiapan penyiaran langsung CGTN kini lengkap sepenuhnya.

Siaran langsung majlis peringatan dan perbarisan tentera boleh disaksikan penonton seluruh dunia melalui pelbagai platform CMG.

-- BERNAMA-CMG

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan