EKONOMI

TH PLANTATIONS TAMATKAN KONTRAK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HARI INI

26/08/2025 08:37 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd Mohamed Zainurin Mohamed Zain telah ditamatkan hari ini.

TH Plantations menerusi satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata surat penamatan perkhidmatan telah dikeluarkan kepada beliau hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, syarikat itu memaklumkan penamatan kontrak itu adalah atas sebab salah laku.

Mohamed Zainurin menyandang jawatan tersebut sejak 1 Okt, 2021.

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan