EKONOMI

CADANGAN PENGGUBALAN RUU PEROLEHAN KERAJAAN UNTUK PERKUKUH PENGURUSAN FISKAL - PM ANWAR

27/08/2025 07:59 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Cadangan penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA) dan pelengkap Akta Tatacara Kewangan 1957 adalah untuk memperkukuh pengurusan fiskal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata  akta itu bertujuan untuk menangani ketirisan dan mengoptimum sumber negara agar dapat terus memacu pembaharuan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Beliau berkata perolehan menerusi rundingan terus yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian hanya membazirkan wang rakyat dan memanfaatkan sekumpulan kecil golongan elit, sedangkan projek utama seperti tebatan banjir, sekolah, jalan raya dan kesihatan menelan belanja yang begitu besar.

“Sejak tahun pertama (pentadbiran), saya telah memberhentikan amalan rundingan terus dan beralih kepada sistem perolehan tender bagi projek pembangunan biasa.

“Sebelum ini tidak mustahil untuk projek seperti jalan raya, sekolah dan hospital dianugerahkan secara rundingan terus,” kata Anwar ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU itu di Dewan Rakyat, hari ini.

--BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan