CHONGQING, 5 Sept (Bernama-CMG) -- Ekspo Industri Pintar Dunia 2025 yang membuka tirai di sini pada Jumaat menyaksikan pelancaran lebih 3,000 produk, teknologi dan inovasi baharu dalam industri berkenaan.
Pameran selama empat hari itu memberi tumpuan kepada “AI Plus” dan kenderaan tenaga baharu (NEV) bersambung pintar.
Selain itu, lebih 100 piawaian industri, produk dan teknologi terkini turut diperkenalkan merangkumi bidang ekonomi altitud rendah, NEV bersambung pintar serta beberapa sektor lain.
Ekspo kali ini menampilkan lima segmen utama iaitu NEV bersambung pintar, bandar digital, robot pintar, ekonomi altitud rendah dan rumah pintar, dengan penyertaan lebih 600 syarikat peneraju dari dalam dan luar negara.
Sebanyak enam pertandingan profesional bertaraf tinggi turut diadakan, antaranya Kejohanan Jemputan Antarabangsa Chongqing Piala Dunia Robot Asia Pasifik 2025.
China kini mendaftarkan lebih 5,000 syarikat industri pintar dan menjadi negara dengan bilangan paten AI terbanyak di dunia.
Saiz pasaran AI negara itu dijangka melepasi 700 bilion yuan (RM414.3 bilion) menjelang 2025.
-- BERNAMA-CMG