JENAYAH & MAHKAMAH

GAJAH DIKESAN DI KAWASAN KUARTERS KLINIK BANDAR JERANTUT

05/09/2025 08:38 PM

KUANTAN, 5 Sept (Bernama) -- Seekor gajah dikesan berkeliaran di kawasan kuarters Klinik Kesihatan Bandar Jerantut, Jerantut hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang Rozidan Md Yasin berkata kehadiran haiwan liar itu disahkan hasil pemantauan selepas pihaknya menerima aduan kira-kira jam 10.15 pagi.

“Pemantauan mengesahkan mamalia itu berada di lokasi aduan berdasarkan kesan jejak yang ditemui. Hasil siasatan mendapati saiz tapak gajah berkenaan dianggarkan 14 inci (35.5 sentimeter),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan segera melaporkan sebarang kejadian membabitkan hidupan liar kepada PERHILITAN bagi tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan