DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR

08/09/2025 06:53 PM

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Isnin.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa September 2025 dan Oktober 2025, masing-masing pada 1,568.0 dan 1,565.0.

Disember 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,559.0, manakala Mac 2026 turun 0.5 mata kepada 1,541.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4,945 lot daripada 3,440 lot pada Khamis lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 40,520 kontrak daripada 38,740 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 7.44 mata kepada 1,585.59 daripada 1,578.15 semasa ditutup pada Khamis minggu lepas.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan