SUKAN

TERBUKA HONG KONG: WAN ARIF-ROY KING LAKAR JEJUTAN SINGKIR JAGUH DENMARK

09/09/2025 09:35 PM

KUALALUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menghadirkan kejutan di Terbuka Hong Kong apabila menyingkirkan pilihan ketiga kejohanan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, pada pusingan pertama di Hong Kong Colliseum,  hari ini.

Pasangan ranking ke-20 dunia itu nyata berada pada prestasi tersendiri apabila menumpaskan gandingan nombor empat dunia berkenaan 21-19, 23-21 dalam aksi straight set yang mengambil masa 42 minit.

Di pusingan kedua pada Khamis ini, Wan Arif-Roy King akan menentang sama ada rakan senegara, Choong Hon Jian-Haikal Nazri atau beregu veteran Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, bagi perebutan slot ke suku akhir.

Turut melangkah ke pusingan kedua ialah naib juara Kejohanan Dunia 2025, Pearly Tan-M. Thinaah, yang mudah menewaskan wakil tuan rumah, Chu Wing Chi-Yu Yi Kiu, 21-9, 21-9 dalam masa 25 minit.

Beregu wanita negara itu seterusnya akan berdepan sama ada Chen Qing Chen-Keng Shu Liang dari China atau pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilyssa Trias Puspitasari, untuk memburu tempat ke suku akhir.

Turut mara ke pusingan kedua ialah naib juara Kejohanan Dunia 2025, Pearly Tan-M. Thinaah, selepas mengatasi cabaran tuan rumah, Chu Wing Chi-Yu Yi Kiu, 21-9, 21-9 dalam tempoh 25 minit.

Pearly-Thinaah akan bertemu sama ada beregu China, Chen Qing Chen-Keng Shu Liang, ataupun Febriana Dwipuji Kusuma-Meilyssa Trias Puspitasari dari Indonesia bagi memburu slot ke suku akhir.

 

Keputusan lain melibatkan pemain Malaysia:

 

Man Wei Chong-Tee Kai Wun mn Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 21-19, 21-12

Goh Pei Kee-Teoh Mei Xing mn Fan Ka Yan-Yau Mau Ying (HKG) 21-15, 17-21, 21-12

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mn Xie Haonan-Zeng Wei Han 21-12, 11-21, 21-19

 

-- BERNAMA

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan