DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP RENDAH SELEPAS DOLAR US MENGUKUH

10/09/2025 08:40 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas diseret oleh pengukuhan dolar US.

Pada penutupan, kontrak September 2025 jatuh kepada US$3,654.90 satu auns troy berbanding US$ 3,664.50 yang dicatatkan pada hari Selasa.

Kontrak Oktober 2025 susut kepada US$3,670.80 satu auns troy daripada US$3,677.50, manakala November 2025 merosot kepada US$3,687.60 daripada US$3,694.30.

Sementara itu, Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya berakhir lebih rendah pada US$3,709.50 setiap auns troy berbanding US$3,716.20 sebelum ini.

Jumlah dagangan menguncup kepada 216 lot daripada 441 lot, manakala kepentingan terbuka menyempit kepada 274 kontrak berbanding 505 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berada pada US$3,649.55 setiap auns troy berdasarkan penetapan tengah hari 9 Sept London Bullion Market Association.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan