AM

SIMULASI TANAH RUNTUH PERINGKAT KUALA LUMPUR DILAKSANAKAN DI WANGSA MAJU ESOK

17/09/2025 11:16 AM

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Satu simulasi bencana tanah runtuh akan dilaksanakan di Wangsa Maju di sini esok.

Menurut hebahan media Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, latihan berkenaan adalah simulasi Siri 1/2025, Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No.1, Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia akan dilaksanakan oleh Polis Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurut hebahan itu, simulasi berkenaan dijadualkan berlangsung dari 8 pagi hingga 4 petang di kawasan berbukit, bertentangan Fairview International School, Seksyen 6, Wangsa Maju.

“Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Penerangan Daerah Wangsa Maju Norizah Jadid menerusi talian 013-327 4753,” menurut hebahan itu.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan