KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu berikutan kemerosotan Wall Street kerana pelabur meneliti komen daripada pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang mencadangkan ekuiti AS mungkin terlebih nilai.
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.46 mata kepada 1,600.09 daripada penutupan Selasa pada 1,603.55.
Indeks dibuka pada 1,602.81.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 166 berbanding 106, sebanyak 283 kaunter tidak berubah, 2,118 tidak didagangkan manakala 49 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 179.48 juta unit bernilai RM68.97 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan berkata komen Jerome Powell mengenai penilaian berpanjangan Wall Street mendorong aktiviti pengambilan untung.
"Mengambil petunjuk daripada penurunan Wall Street, kami menjangkakan aktiviti pengambilan untung di KLCI dengan sektor teknologi mungkin menghadapi tekanan jualan," katanya.
Ia menyarankan Itmax System Bhd dengan menyatakan perolehan kontrak baru-baru ini telah mengukuhkan hasil berulang, memberikan keterlihatan pendapatan untuk sekurang-kurangnya untuk 15 atau 20 tahun akan datang.
“Kami juga melihat peluang dagangan dalam saham pembinaan seperti Binastra Corp Bhd dan Inta Bina Group Bhd, memandangkan pendapatan kukuh mereka daripada pemaju utama, nilai perolehan kontrak yang besar.
“Selain itu, berikutan perkembangan terkini dalam Solarvest Holdings Bhd, kami menjangka minat belian dalam saham berkaitan tenaga boleh baharu seperti Kawan Renergy Bhd, disokong oleh inisiatif kerajaan termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan pelancaran pakej Solar Skala Besar Kelima (LSS5),” tambahnya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank turun satu sen kepada RM4.27, CIMB Group merosot lima sen kepada RM7.24, Tenaga Nasional berkurangan enam sen kepada RM13.34, manakala Maybank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM9.82 dan RM7.36.
Bagi saham aktif, Express Powerr Solutions, penampilan pertamanya dalam Pasaran ACE naik 0.5 sen kepada 20.5 sen, NexG menambah satu sen kepada 52 sen, TWL Holdings dan Auro Holdings tidak berubah masing-masing pada tiga sen dan 1.5 sen manakala JS Solar merosot satu sen kepada 39 sen.
Antara kaunter rugi, Malaysian Pacific Industries merosot 28 sen kepada RM29.22; Apollo Food Holdings, berkurangan 10 sen kepada RM6.40; Edaran menguncup lapan sen kepada RM1.13; Sunway Construction Group, berkurangan tujuh sen to RM6.20 dan Plenitude, six sen to RM1.86.
Bagi kaunter untung, Hong Leong Financial Group naik 16 sen kepada RM17.10; Binastra Corp, menokok tujuh sen kepada RM2.23; 99 Speedmart Retail Holdings menambah enam sen kepada RM2.70; Teo Guan Lee Corp, meningkat enam sen kepada RM1.10 dan Life Water menambah lima sen kepada five 96 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas berkurangan 16.02 mata kepada 11,926.99, Indeks FBM 100 merosot 3.46 mata kepada 11,660.14 dan Indeks FBM Emas Shariah kehilangan 19.59 mata kepada 11,978.42, Indeks FBM 70 merosot 43.08 mata kepada 16,758.63, manakala Indeks FBM ACE naik 0.35 mata kepada 5,006.65.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.42 mata kepada 169.64, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 3.24 mata kepada 18,080.53, Indeks Perladangan berkurangan 5.64 mata kepada 7,721.18 manakaladan Indeks Tenaga menokok 4.23 mata kepada 768.72.
-- BERNAMA