DUNIA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH SEIRING PENURUNAN HARGA MINYAK KACANG SOYA

26/09/2025 09:57 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan kejatuhan harga minyak kacang soya.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata penurunan harga minyak kacang soya menjejaskan sentimen di seluruh pasaran minyak sayuran, sekali gus mengheret turun harga MSM.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,300 satu tan dan paras rintangan pada RM4,550 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 susut RM44 kepada RM4,321 satu tan, manakala November 2025 merosot RM42 kepada RM4,367 satu tan dan Disember 2025 turun RM43 kepada RM4,396 satu tan.

Kontrak Januari 2026 menurun RM39 kepada RM4,420 satu tan, Februari 2026 menyusut RM39 kepada RM4,420 satu tan, manakala Mac 2026 berkurangan RM29 kepada RM4,408 satu tan.

Jumlah dagangan merosot kepada 72,074 lot berbanding 81,471 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 250,893 kontrak daripada 250,105 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM bagi Oktober Selatan turun RM40 kepada RM4,360 satu tan.

-- BERNAMA      

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan