Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan Wall Street yang ditutup tinggi secara menyeluruh minggu lepas, kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.56 mata kepada 1,611.61 daripada 1,609.50 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran meningkat 0.70 mata kepada 1,609.75 pada sesi pembukaan.
Pasaran secara menyeluruh positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 206 berbanding 123 manakala 316 kaunter tidak berubah, 2,003 tidak diniagakan dan 124 digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 247.78 juta unit bernilai RM66.90 juta.
Naib Presiden Rakuten Trade Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa sentimen di Wall Street didorong oleh indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) terkini, yang sejajar dengan jangkaan, memastikan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) kekal dengan pelonggaran dasar monetarinya.
Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun meningkat kepada 4.174 peratus.
Di Hong Kong, Indeks Hang Seng (HSI) terus merosot kepada paras melebihi 26,000 berikutan peniaga berhati-hati mengenai penilaiannya dalam siri tarif terkini Presiden AS Donald Trump.
Dalam negara, katanya FBM KLCI tanpa dijangka ditutup pada paras kukuh berikutan aktiviti belian pada akhir dagangan.
“Kami percaya aktiviti belian akan berterusan berikutan banyak dana asing yang mencari cadangan nilai. Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,605 hingga 1,615 hari ini.
“Harga emas mencapai satu lagi paras tertinggi baharu dan bersedia menguji paras US$3,800 setiap auns,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Gas naik 28 sen kepada RM18.78, IHH Healthcare menambah 11 sen kepada RM7.56, SD Guthrie meningkat tujuh sen kepada RM5.31, Maybank menambah empat sen kepada RM9.93 dan Public Bank menokok dua sen kepada RM4.36.
Dalam dagangan aktif, EA Holdings dan TWL, masing-masing mendatar pada setengah sen dan 2.5 sen. MTouche Technology dan Luster Industries, masing-masing meningkat satu sen kepada 7.5 sen dan 5.5 sen serta SNS Network Technology naik 1.5 sen kepada 68.5 sen.
Kaunter paling untung ialah Nestle, meningkat 94 sen kepada RM96.98, F&N naik 30 sen kepada RM27.50, KESM Industries menambah 28 sen kepada RM18.78 diikuti Petronas Gas dan Malaysian Pacific Industries, menokok 24 sen kepada RM29.54.
Kaunter paling rugi ialah Pentamaster merosot lapan sen kepada RM3.72, Allianz berkurangan enam sen kepada RM18.32, Kerjaya Prospek susut enam sen kepada RM2.41, PPB Group menurun empat sen kepada RM10.08 dan Visdynamic merosot empat sen kepada 22 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 23.76 mata kepada 12,017.20, Indeks FBMT 100 naik 22.95 mata kepada 11,747.99, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 15.00 mata kepada 12,063.47, Indeks FBM 70 menokok 51.58 mata kepada 16,901.93 dan Indeks FBM ACE naik 4.95 mata kepada 5,205.41.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.13 mata kepada 173.89, Indeks Tenaga naik 2.40 mata kepada 784.92, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 57.64 mata kepada 18,241.48 dan Indeks Perladangan menokok 37.66 mata kepada 7,800.31.
-- BERNAMA