AM

ANWAR RAFAK SEMBAH TAHNIAH ULANG TAHUN KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN

29/09/2025 03:17 PM

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-56, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan semoga baginda serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kedaulatan, rahmat serta hidayah-Nya.

“Semoga Allah melindungi Tuanku di dunia dan akhirat. Daulat Tuanku,” katanya.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan