AM

SASTERAWAN REJAB ISMAIL MENINGGAL DUNIA

30/09/2025 09:30 AM

KANGAR, 30 Sept (Bernama) -- Sasterawan negara Rejab Ismail atau dikenali dengan nama pena Rejab F.I  meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Gorah, Repoh dekat sini hari ini.

Setiausaha I Persatuan Penulis Perlis Noor Zaidi Hamad berkata Rejab, 84, meninggal dunia kira-kira 4 pagi tadi.

“Saya difahamkan arwah akan dikebumikan selepas solat zuhur di tanah perkuburan Islam di Tanjung Gorah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Noor Zaidi berkata beliau mengetahui penulis kelahiran negeri Perlis dan penerima Anugerah Sastera Asia Tenggara 2016 itu menghidap penyakit darah tinggi dan jantung.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan