JENAYAH & MAHKAMAH

KANAK-KANAK PEREMPUAN DIPERCAYAI LEMAS DI PANTAI TANJUNG PAHANG

10/01/2026 10:21 PM

KUANTAN, 10 Jan (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai lemas di Pantai Tanjung Pahang, Kuala Rompin, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.45 petang.

“Mangsa telah ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap itu memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada 6.45 petang.

Operasi melibatkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rompin dengan kekuatan masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). 

-- BERNAMA 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan