BERITA TERGEMPAR   Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

PELAJAR UPSI DITEMUKAN LEMAS SELEPAS CUBA SELAMATKAN RAKAN

12/01/2026 01:49 AM

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakannya di kawasan air terjun Kedondong, Batang Kali dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.46 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an itu ke lokasi kejadian bersama lima rakannya.

“Saksi kejadian memaklumkan mangsa cuba menyelamatkan rakannya sebelum dibawa arus deras dan anggota berjaya menemukan mangsa 10 meter dari tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pihak (pegawai perubatan) Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata rakan mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian itu dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan