DUNIA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

14/01/2026 08:26 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki keuntungan di pasaran COMEX Amerika Syarikat selepas disokong oleh permintaan selamat yang berterusan dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik.

Kontrak baharu bulan semerta Januari 2026 meningkat kepada US$4,649.60 setiap auns troy daripada US$4,600.60 yang dicatatkan pada hari Selasa, manakala Februari 2026 naik kepada US$4,665.30 daripada US$4,616.20 dan Mac 2026 adalah lebih tinggi kepada US$4,682.60 daripada US$4,633.80.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga melonjak, berada pada US$4,669.90 setiap auns troy berbanding US$4,651.10 sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada 160 lot daripada 218 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 231 kontrak berbanding 295 kontrak sebelum ini.

Pada penetapan tengah hari 13 Jan 2026 London Bullion Market Assosciation, emas fizikal ditetapkan pada US$4,623.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan