Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung selepas peningkatan baru-baru ini dan menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street.
Pada jam 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.90 mata kepada 1,710.01 daripada 1,710.91 pada Rabu selepas dibuka rendah 0.56 mata pada 1,710.01.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 137 berbanding 121 manakala 287 kaunter tidak berubah, 2,093 tidak diniagakan dan 21 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 132.70 juta saham bernilai RM52.98 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah dalam sesi dagangan tidak menentu ketika pelabur kekal berhati-hati dalam persekitaran pelbagai cabaran yang muncul berhubung dasar-dasar Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.
“Di peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup tinggi semalam pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, disokong oleh pembelian asing yang berterusan. Kami menjangkakan penyertaan asing akan berterusan dengan indeks penanda aras dijangka diniagakan dalam lingkungan 1,705 hingga 1,715 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM11.06 dan Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM13.86, Public Bank turun satu sen kepada RM4.66, manakala CIMB merosot empat sen kepada RM8.31, IHH kekal tidak berubah pada RM8.45.
Bagi saham paling aktif, Focus Dynamics meningkat setengan sen kepada satu sen dan Capital A menokok 2.5 sen kepada 57 sen, manakala TWL, MMAG dan Ingenieur tidak berubah, masing-masing pada 2.5 sen, lima sen dan 3.5 sen.
Kaunter paling untung menyaksikan Allianz dan Hong Leong Industries naik 16 sen, masing-masing kepada RM20.36 dan RM16.96, Malaysia Smelting menambah 10 sen kepada RM2.18, Malayan Cement menokok enam sen RM7.74 dan IJM menambah lima sen kepada RM2.85.
Bagi kaunter paling rugi, Nestle merosot 70 sen kepada RM117.80, Petronas Dagangan turun 42 sen kepada to RM20.58, Fibromat susut 6.5 sen kepada 78.5 sen, Alliance Bank menguncup enam sen kepada RM5.47 dan QL Resources berkurangan empat sen kepada RM3.91.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas susut 0.43 mata kepada 12,626.04, Indeks FBMT Top 100 turun 2.35 mata kepada 12,411.39 manakala Indeks FBM Emas Syariah naik 7.85 mata kepada 12,355.43.
Indeks FBM Mid 70 menokok 15.43 mata kepada 17,624.95 dan Indeks FBM ACE melonjak 1.71 mata kepada 4,987.66.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 18.78 mata kepada 20,465.30, Indeks Tenaga naik 2.63 mata kepada 792.25, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.15 mata kepada 174.98, manakala Indeks Perladangan merosot satu mata kepada 8,527.70.
-- BERNAMA
