JENAYAH & MAHKAMAH

17 WARGA CHINA DISYAKI TERLIBAT AKTIVITI JUDI DALAM TALIAN DICEKUP

28/01/2026 03:54 PM

IPOH, 28 Jan (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 17 warganegara China,  sekali gus berjaya menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas memeriksa dua premis di sekitar bandar raya ini, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Perak Datuk James Lee berkata dalam operasi khas itu turut dirampas wang tunai berjumlah RM10,500, 40 unit telefon bimbit, 15 unit komputer riba, dua unit kamera digital serta sebuah iPad.

“Hasil serbuan pihak JIM telah menahan 16 lelaki dan seorang wanita warga China di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

James berkata semua tahanan telah dihantar ke Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan