IPOH, 18 Feb (Bernama) -- Pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Dewan Kampung Tengku Hussein, Manjoi di sini sejak semalam ditutup sepenuhnya petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta Zulhisham Ahmad Shukori berkata PPS berkenaan ditutup pada 5 petang apabila kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
PPS itu menempatkan 26 orang daripada 10 keluarga susulan banjir kilat di Kampung Manjoi dan Kampung Tengku Hussein pada Isnin lepas.
-- BERNAMA
