KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa meskipun penurunan prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS).
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada US$5,176.00 setiap auns troy berbanding US$5,157.80 setiap auns troy semalam.
Kontrak Mac naik kepada US$5,193.00 setiap auns troy daripada US$5,174.80 pada Isnin, manakala April dan Mei menokok kepada US$5,210.80 setiap auns troy daripada US$5,192.60.
Sementara itu, kontrak Jun dan Ogos 2026 masing-masing ditutup tinggi pada US$5,244.70 setiap auns troy, naik daripada US$5,226.50 sebelum itu.
Jumlah dagangan meningkat kepada 15 lot daripada enam lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 98 kontrak daripada 91 kontrak sebelum itu.
Harga emas fizikal berada pada US$5,191.40 setiap auns troy semasa sesi penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 23 Feb, 2026.
-- BERNAMA
