DUNIA

NIAGA HADAPAN KLCI DITUTUP TINGGI

03/03/2026 07:03 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi yang lebih kukuh di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, Mac 2026 dan Jun 2026 meningkat 7.5 mata masing-masing kepada 1,682.5 dan 1,687.5, April 2026 menokok 8.0 mata kepada 1,684.5 dan September 2026 naik 7.0 mata kepada 1,672.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 10,432 lot daripada 11,401 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 47,777 kontrak daripada 49,417 kontrak semalam.

Pada 5 petang, FBM KLCI berkembang 11.74 mata atau 0.69 peratus kepada 1,711.95 daripada 1,700.21 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan