AM

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM1,000 UNTUK PENJAWAT AWAM PAHANG

04/03/2026 03:55 PM

KUANTAN, 4 Mac (Bernama) -- Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang akan menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian bantuan itu bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut hari raya.

“Bantuan khas ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap pemberian itu dapat menyuntik semangat kepada warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberi perkhidmatan yang cemerlang sekali gus memperkukuh usaha memakmurkan negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan