AM

RUBINE PERKENAL GENERASI BAHARU PENYELESAIAN KEDIAMAN KE ARAH KEHIDUPAN MODEN

07/03/2026 05:09 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- RUBINE, satu daripada jenama terkemuka di Malaysia, baru-baru ini melancarkan generasi baharu penyelesaian kediaman yang direka untuk menangani peningkatan kos tenaga di negara ini serta keutamaan kesejahteraan yang semakin meningkat. 

Syarikat itu memperkenalkan beberapa produk termasuk hud dapur ultra senyap 48dB dan sistem pemanas air pintar pada konvensyen tahunannya bertemakan Convention & Experiential Even 2026 oleh RUBINE.

Dalam satu kenyataan RUBINE memaklumkan, ketika kos tenaga terus meningkat dan pemilik rumah mencari lebih keselesaan tanpa menjejaskan kecekapan, rekaan produk baharunya dihasilkan bagi memenuhi keperluan praktikal serta aspirasi gaya hidup.

“Kami mempamerkan bagaimana jenama ini mengorak langkah ke hadapan untuk mewujudkan ekosistem kediaman bersepadu merangkumi penyelesaian dapur, pemanasan air dan mengawal iklim,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Fiamma Group Jimmy Tan berkata momentum baharu ini bukan sekadar pembaharuan visual atau pengenalan produk, sebaliknya bagaimana RUBINE menilai semula kehidupan moden menerusi reka bentuk berteraskan inovasi serta teknologi lebih pintar selari dengan cara hidup masyarakat masa kini.

“Produk baharu kami memberikan respons secara langsung kepada cara hidup masyarakat hari ini – daripada pengalaman memasak yang senyap tanpa mengganggu masa bersama keluarga sehinggalah pemanas air yang mengoptimumkan penggunaan tenaga tanpa menjejaskan prestasi.

“Momentum ini mencerminkan komitmen RUBINE dalam menghasilkan penyelesaian intuitif dan bersedia untuk masa hadapan yang memberikan impak berkesan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Antara menjadi tumpuan ialah MOOD Cooker Hood oleh RUBINE, yang dilengkapi teknologi IQ Sync yang mampu mengesan asap serta aliran udara dengan melaraskan kuasa sedutan secara automatik bagi memastikan dapur kekal segar.

Peralatan ini turut dilengkapi teknologi penapisan minyak HEXA – High Efficiency eXtraction Agent dengan kadar penapisan minyak melebihi 97 peratus, sesuai untuk mod peredaran semula bagi memastikan dapur bebas minyak.

Selain itu, produk berkenaan direka untuk beroperasi pada tahap bunyi kira-kira 48dB - lebih senyap berbanding perbualan biasa, di samping mengekalkan kuasa sedutan yang kuat bagi mewujudkan persekitaran dapur lebih tenang.

“Inovasi itu menangani cabaran berterusan di kediaman di Malaysia apabila sistem pengudaraan yang bising sering mengganggu aktiviti keluarga, sekali gus membuktikan prestasi tinggi tidak semestinya memerlukan tahap bunyi yang mengganggu,” menurut kenyataan itu.

Jenama berkenaan turut memperkenalkan AXORA All-in-One Microwave Steam Oven, yang menggabungkan fungsi ketuhar gelombang mikro, stim, panggang dan penapaian dalam satu peralatan.

Produk ini juga dilengkapi teknologi inverter bagi kawalan suhu yang tepat, sekali gus menawarkan prestasi memasak serba boleh untuk isi rumah yang memerlukan fungsi pelbagai tanpa menjejaskan ruang dapur. 

Sementara itu, produk pemanas air siri EOS yang dikuasakan oleh Sistem Pengoptimuman Tenaga (EOS) pula berupaya melaraskan aliran air dan penggunaan tenaga secara pintar bagi mencapai suhu yang diingini dengan lebih cekap sekali gus membantu mengurangkan penggunaan air serta meminimumkan pembaziran tenaga. 

“Ciri keselamatan dipertingkatkan menerusi sistem dwiinjap yang merangkumi injap solenoid bagi melepaskan lebihan air panas untuk membantu mencegah kejadian melecur, selain injap pintasan manual dengan dilengkapi penapis bagi membuang kekotoran pada air.

“Model terpilih seperti EOS Prime dan EOS Ultra-Slim turut dilengkapi Energy Optimal Solution, iaitu fungsi pertukaran air sejuk dan suam yang direka untuk merangsang peredaran darah serta menyokong pemulihan otot, sekali gus membawa pengalaman seakan spa,” menurut kenyataan itu.

HAUSTERN yang menjadi pelengkap ekosistem kediaman RUBINE, turut mengukuhkan visi kehidupan bersepadu jenama ini menerusi penyelesaian dapur dan bilik air, yang direka khusus untuk isi rumah moden.

Selain itu, HAUSTERN juga menawarkan rangkaian sinki, pili air dan kelengkapan sanitari termasuk tandas pintar SYMPHONY, sekali gus menyokong kelancaran fungsi serta reka bentuk moden merangkumi dapur dan bilik air.

Untuk maklumat lanjut mengenai inovasi produk terkini dan penyelesaian kediaman RUBINE, layari www.rubine.com.my atau hubungi pengedar sah di seluruh negara.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan