DUNIA

NIAGA HADAPAN KLCI TINGGI DALAM DAGANGAN AWAL

12/03/2026 10:33 AM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya tinggi pada Khamis.

Pada 9.45 pagi, kontrak Mac 2026 dan April 2026 naik 4.0 mata, masing-masing kepada 1,686.0 dan 1,687.0.

Jun 2026 menokok 3.0 mata manakala September 2026 susut 3.0 mata kepada 1,660.0.

Jumlah dagangan berjumlah 2,346 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 35,022 kontrak.

Indeks FBM KLCI meningkat 4.62 mata kepada 1,702.16 selepas satu jam minit dagangan, berbanding paras 1,708.78 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan