| BERITA TERGEMPAR | Super League: PDRM FC 1-6 Negeri Sembilan FC | |
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini.
Pada penutupan, kontrak Mac 2026 susut 9.5 mata kepada 1,681, April 2026 jatuh sembilan mata kepada 1,683, Jun 2026 merosot 8.5 mata kepada 1,681.5 dan September 2026 melemah lapan mata kepada 1,666.
Jumlah dagangan meningkat kepada 8,216 lot berbanding 7,482 yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 39,328 kontrak daripada 39,328.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 12.16 mata kepada 1,698.85 daripada 1,711.01 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA
