KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Lazada Malaysia meraikan sambutan ulang tahunnya pada tahun ini dengan pendekatan berbeza melalui penganjuran julung kali Lazada Run Wellness Festival, yang menghimpunkan lebih 1,000 peserta dalam satu malam penuh aktiviti, sempena Ramadan.
Menurut kenyataan Lazada, festival itu mencerminkan komitmen untuk mencipta pengalaman bermakna buat rakyat Malaysia, bukan sahaja melalui platform beli-belah, tetapi juga interaksi fizikal yang menyatukan komuniti dalam suasana penuh bertenaga dan kebersamaan.
Berlangsung di Rooftop Garden di pusat beli belah Lalaport Bukit Bintang, festival itu mendapat sokongan lebih 12 kelab larian dengan pelbagai aktiviti yang menggabungkan cabaran kecergasan, ruang santai serta interaksi sosial, sekali gus mencerminkan peningkatan minat terhadap gaya hidup aktif, hubungan komuniti dan semangat kekitaan.
Ketua Operasi Am Lazada Malaysia Kevin Yap berkata festival itu mencerminkan jenis pengalaman yang ingin dibawakan oleh Lazada kepada rakyat Malaysia, selaras dengan permintaan pengguna yang semakin mengutamakan pengalaman bermakna, dan dekat dengan kehidupan mereka.
“Dengan menghimpunkan komuniti larian, rakan jenama serta rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, kami mahu mewujudkan satu ruang yang meraikan pergerakan, kebersamaan dan kegembiraan bersama, dan dalam bulan Ramadan, semangat hubungan seperti ini terasa lebih istimewa dan lebih bermakna,” katanya.
Antara aktiviti yang disediakan termasuk cabaran kecergasan seperti Neck Pro Gladiator Ring, TT Racing Obstacle Course, Brooks Tower Toss dan NANOVET Farmer Carry, selain aktiviti santai Air Ping Pong serta cabaran Jump for Rewards.
Menjelang waktu berbuka, peserta berkumpul untuk berbuka puasa bersama sebelum acara kemuncak aktiviti mematahkan glow stick secara serentak, sekali gus melayakkan Lazada Malaysia menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Penyertaan Teramai dalam acara berkenaan.
Selain festival itu, Lazada Malaysia turut memeriahkan sambutan ulang tahun melalui kempen Lazada Birthday Blast, iaitu kempen beli dan menang yang berlangsung sehingga 31 Mac 2026, menawarkan peluang cabutan bertuah bagi setiap perbelanjaan RM50.
Peraduan itu menawarkan hadiah bernilai hingga RM115,000 serta ganjaran menarik daripada jenama dan rakan kerjasama seperti Viu, JomCharge, Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun.
Kevin berkata kempen itu bukan sekadar inisiatif beli dan menang, sebaliknya sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan berterusan pengguna, terutamanya ketika musim persiapan hari raya.
“Menerusi Lazada Run Wellness Festival dan Lazada Birthday Blast, Lazada Malaysia terus memperkukuh pendekatan mendekati pengguna bukan sahaja pada platform digital, tetapi juga melalui pengalaman sebenar bersama komuniti, sekali gus membantu menghubungkan jenama, pengguna dan komuniti dengan lebih dekat dan bermakna,” katanya.
Selain itu, Lazada Malaysia terus memeriahkan bulan Mac dengan pelbagai tawaran menarik, termasuk baucar kempen dengan penjimatan hingga RM1,000, ganjaran Treasure Chest hingga 33,333 coins, Coins Rush dan diskaun hingga 70 peratus serta Crazy Brand Mega Offers dengan diskaun hingga 90 peratus.
Pembeli juga boleh menikmati RM13 All Out Surprise Deals bernilai lebih RM130,000 bersama pelbagai lagi tawaran harian, memudahkan mereka menemui produk dan jenama kegemaran, menikmati lebih penjimatan, dan membeli-belah dengan lebih yakin kerana keaslian produk terjamin.
Maklumat lanjut mengenai inisiatif dan kempen terkini Lazada Malaysia boleh diikuti dalam akaun rasmi Lazada Malaysia menerusi Facebook, Instagram dan TikTok.
-- BERNAMA
