TOKYO, 4 April (Bernama-Kyodo) -- Seorang lelaki menyerah diri di sebuah balai polis di Tokyo pada Jumaat sambil mendakwa bertanggungjawab menyalakan cecair mudah terbakar tidak lama sebelum itu di lintasan ikonik di luar Stesen Shibuya, menurut polis, lapor Kyodo News.
Kira-kira 9 malam (waktu tempatan), seorang lelaki bertindak mencurah cecair di atas tanah di lintasan berkenaan sebelum menyalakannya menggunakan pemetik api.
Kira-kira 20 minit kemudian, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang dipercayai bertanggungjawab tampil di balai polis berhampiran, menurut polis.
Kebakaran itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan dan berjaya dipadamkan oleh anggota polis.
-- BERNAMA-KYODO
