DUNIA

KOREA SELATAN SAMBUNG SEMULA OPERASI REAKTOR NUKLEAR GORI-2

04/04/2026 08:20 PM

SEOUL, 4 April (Bernama-Yonhap) -- Korea Selatan menyambung semula operasi reaktor Gori-2 pada Sabtu, tiga tahun selepas digantung bagi pemeriksaan keselamatan dan penambahbaikan kemudahan, lapor Yonhap News memetik pengendali reaktor nuklear negara itu.

Reaktor nuklear di Loji Kuasa Nuklear Gori yang terletak di Busan, 325 kilometer di tenggara Seoul mula beroperasi secara komersial pada April 1983 sebagai reaktor nuklear ketiga negara itu.

Bagaimanapun, permit selama 40 tahun tamat pada April 2023, dan operasinya digantung bagi pemeriksaan keselamatan serta penambahbaikan yang diperlukan sebelum kemudahan itu boleh kembali beroperasi.

Korea Hydro & Nuclear Power Co., yang mengendalikan reaktor itu, memperoleh kebenaran pada November lepas untuk memulakan semula operasi reaktor nuklear berkenaan.

-- BERNAMA-YONHAP

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan