KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Malaysia tidak memerlukan rangsangan ekonomi walaupun berdepan krisis Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi.
Beliau berkata pemberian rangsangan pada ketika ini hanya akan menambah tekanan inflasi, memandangkan kadar inflasi di Malaysia kekal stabil dan terkawal.
“Setakat ini, rangsangan tidak diperlukan. Memberikan rangsangan sekarang hanya akan menambah dorongan inflasi.
“Rangsangan hanya diperlukan jika kebimbangan inflasi berkembang sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi, seperti yang berlaku semasa krisis COVID-19,” katanya pada sidang media hari ini mengenai Bahagian 1 Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ( MEM) April 2026 bertajuk ‘Raising the Ceiling, Raising the Floor, Advancing Malaysia’s Jobs and Productivity Agenda’.
-- BERNAMA
