DUNIA

NIAGA HADAPAN FTSE KLCI DITUTUP RENDAH, SEIRING DENGAN PRESTASI PASARAN TUNAI

09/04/2026 07:04 PM

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

April 2026 susut 14.5 mata kepada 1,682.0, Mei 2026 turun 13.5 mata kepada 1,653.5 manakala Jun 2026 dan September 2026 masing-masing menguncup 13.0 mata kepada 1,682.5 dan 1,662.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,521 lot daripada 7,967 lot semalam, dan kepentingan terbuka turun kepada 40,085 kontrak daripada 41,036 kontrak.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.07 mata kepada 1,686.24 daripada 1,696.31 pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan