EKONOMI

UNIT LOTTE CHEMICAL TITAN, ANAK SYARIKAT DI INDONESIA METERAI KONTRAK NAFTA US$25.29 JUTA

20/04/2026 09:37 PM

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd menerusi anak syarikat milik penuh, Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd (LCTM), serta anak syarikat di Indonesia, PT Lotte Chemical Indonesia (LCI), memeterai kontrak bagi penjualan nafta bernilai US$25.29 juta (US$1 = RM3.90).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Lotte Chemical Titan menjelaskan LCTM memeterai transaksi itu dengan LCI bagi mengurangkan risiko operasi dan memastikan bekalan bahan mentah berterusan.

Syarikat itu memaklumkan langkah tersebut diambil susulan tercetusnya perang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran pada 28 Feb, 2026 serta penutupan Selat Hormuz.

“Transaksi ini tidak akan menjejaskan pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, tahap kdar hutang, modal saham dan pegangan saham utama kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan