KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi di Bursa Malaysia Derivatives pada Rabu.
Pada 9.28 pagi, kontrak April 2026 meningkat 8.0 mata kepada 1,719.50, Mei 2026 naik 8.0 mata kepada 1,720.50, Jun 2026 menambah 7.5 mata kepada 1,720.00, manakala September 2026 meningkat 7.5 mata kepada 1,699.00.
Jumlah dagangan sebanyak 2,182 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,085 kontrak.
Selepas 32 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 2.68 mata kepada 1,719.01 daripada paras 1,715.33 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
