DUNIA

TRUMP DIBAWA KELUAR DARIPADA MAJLIS MAKAN MALAM RUMAH PUTIH KERANA INSIDEN KESELAMATAN

26/04/2026 09:38 AM

WASHINGTON, 26 April (Bernama-Anadolu) --  Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Naib Presiden JD Vance 'selamat dan dilindungi' selepas mereka dibawa keluar secara tergesa-gesa daripada majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi (AA).              

Trump dan isteri Melania dibawa keluar pada malam Sabtu daripada majlis makan malam tahunan Koresponden Rumah Putih di Washington, DC, selepas insiden berkaitan keselamatan di acara itu.

Presiden dan pegawai pentadbiran peringkat tinggi yang duduk di sebelah beliau di meja utama diiringi keluar oleh ejen Perkhidmatan Rahsia sebagai sebahagian langkah keselamatan yang dipertingkatkan, manakala tetamu lain kekal di dalam dewan utama Washington Hilton.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan