AM

200,000 PENEMPATAN PEKERJAAN DISASARKAN MENERUSI JELAJAH MYFUTUREJOBS 2026

27/04/2026 10:13 PM

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Sebanyak 200,000 penempatan pekerjaan disasarkan tahun ini menerusi siri jelajah Karnival Kerjaya Premium MYFutureJobs 2026 di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata lebih 800 individu berjaya memperoleh pekerjaan sejak Sabtu lepas, sepanjang dua hari Karnival Kerjaya Premium sempena sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Ini adalah satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan mencerminkan keyakinan majikan serta kesiapsiagaan tenaga kerja negara,” katanya. 

Beliau berkata inisiatif itu akan terus diperkasakan dan tidak hanya tertumpu di Semenanjung tetapi turut merangkumi Sabah dan Sarawak selaras dengan usaha memperluas akses pekerjaan secara inklusif di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan